Kami datang kepada kalian dengan tujuan yang baik. Kami ialah ahli Kitab dan kalian juga ialah ahli Kitab

TEKS BAHASA ARAB

إنا جئناكم لخير إنا أهل الكتاب وأنتم أهل الكتاب وإن لأهل الكتاب على أهل الكتاب النصر وإنه بلغنا أن أبا سفيان قد أقبل إلينا بجمع من الناس فإما قاتلتم معنا وإما أعرتمونا سلاحا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami datang kepada kalian dengan tujuan yang baik. Kami ialah ahli Kitab dan kalian juga ialah ahli Kitab. Sesungguhnya hak ahli Kitab ke atas ahli Kitab yang lain adalah memberikan pertolongan. Sesungguhnya kami mendapat berita bahawa Abu Sufyan telah datang untuk menghadapi kami dengan segerombolan tentera. Samada kalian berperang bersama kami, atau kalian meminjamkan senjata kepada kami.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1021, hadis nombor 5250. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ثابت بن الحارث الأنصاري عن بعض من كان مع رسول الله ﷺ قال: لما بلغ رسول الله ﷺ جمع أبي سفيان ليخرج إليه يوم أحد، فانطلق إلى اليهود الذين كانوا بالنضير فوجد منهم نفرا عند منزلهم فرحّبوا به، فقال لهم: إنا جئناكم لخير إنا أهل الكتاب وأنتم أهل الكتاب وإن لأهل الكتاب على أهل الكتاب النصر وإنه بلغنا أن أبا سفيان قد أقبل إلينا بجمع من الناس، فإما قاتلتم معنا وإما أعرتمونا سلاحا. [الطحاوي في المشكل, الضعيفة (6092)]

(Munkar) Daripada Thabit bin al-Harith al-Ansariy RA, beliau meriwayatkan daripada sebahagian sahabat yang bersama Rasulullah SAW. Beliau berkata: Ketika mana Rasulullah SAW mendapat berita bahawa pasukan Abu Sufyan telah sampai untuk berperang di medan Uhud, Baginda bergegas ke perkampungan Yahudi Bani al-Nadhir. Lalu Baginda SAW mendapati sekumpulan daripada mereka berada di rumah mereka masing-masing. Mereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah SAW. Kemudian, Baginda SAW bersabda kepada mereka: Kami datang kepada kalian dengan tujuan yang baik. Kami ialah ahli Kitab dan kalian juga ialah ahli Kitab. Sesungguhnya hak ahli Kitab ke atas ahli Kitab yang lain adalah memberikan pertolongan. Sesungguhnya kami mendapat berita bahawa Abu Sufyan telah datang untuk menghadapi kami dengan segerombolan tentera. Samada kalian berperang bersama kami, atau kalian meminjamkan senjata kepada kami. [Riwayat Al-Tahawi dalam Syarh Mushkil al-Athaar. Lihat Sisilah al-Dha’ifah no. 6092].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs