Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّا جئناكُم لخَيرٍ ( يعني : اليهودَ ) إنَّا أهْلُ الكتابِ وأنتُمْ أهْلُ الكتابِ ، وإنَّ لأهْلِ الكتابِ علَى أهْلِ الكتابِ النَّصرَ ، وإنَّهُ بلغَنا أنَّ أبا سفيانَ قد أقبلَ إلينا بجمعٍ منَ النَّاسِ ، فإمَّا قاتلتُمْ معَنا ، وإمَّا أعرتُمونا سلاحًا
Teks Bahasa Melayu
Kami datang kepada kalian dengan tujuan yang baik. Kami ialah ahli Kitab dan kalian juga ialah ahli Kitab. Sesungguhnya hak ahli Kitab ke atas ahli Kitab yang lain adalah memberikan pertolongan. Sesungguhnya kami mendapat berita bahawa Abu Sufyan telah datang untuk menghadapi kami dengan segerombolan tentera. Samada kalian berperang bersama kami, atau kalian meminjamkan senjata kepada kami.
Sahabat Perawi
- Thabit bin al-Harith al-Ansariy RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1021, hadis no. 5250. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Thabit bin al-Harith al-Ansariy RA, beliau meriwayatkan daripada sebahagian sahabat yang bersama Rasulullah SAW. Beliau berkata: Ketika mana Rasulullah SAW mendapat berita bahawa pasukan Abu Sufyan telah sampai untuk berperang di medan Uhud, Baginda bergegas ke perkampungan Yahudi Bani al-Nadhir. Lalu Baginda SAW mendapati sekumpulan daripada mereka berada di rumah mereka masing-masing. Mereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah SAW. Kemudian, Baginda SAW bersabda kepada mereka: Kami datang kepada kalian dengan tujuan yang baik. Kami ialah ahli Kitab dan kalian juga ialah ahli Kitab. Sesungguhnya hak ahli Kitab ke atas ahli Kitab yang lain adalah memberikan pertolongan. Sesungguhnya kami mendapat berita bahawa Abu Sufyan telah datang untuk menghadapi kami dengan segerombolan tentera. Samada kalian berperang bersama kami, atau kalian meminjamkan senjata kepada kami. [Riwayat Al-Tahawi dalam Syarh Mushkil al-Athaar. Lihat Sisilah al-Dha’ifah no. 6092].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman