Kami bertemu Abu Ayyub al-Ansari RA ketika beliau beredar daripada Perang Siffin

TEKS BAHASA ARAB

يا عمار بن ياسر! إن رأيت عليا قد سلك واديا وسلك الناس واديا غيره؛ فاسلك مع علي؛ فإنه لن يدلك على ردى، ولن يخرجك من هدى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Ammar bin Yasir! Jika kamu nampak ‘Ali telah melalui satu lembah sedangkan orang ramai melalui lembah selainnya, maka kamu lalulah bersama ‘Ali, kerana sesungguhnya dia tidak akan membawa kamu ke arah kecelakaan dan dia tidak akan mengeluarkan kamu daripada petunjuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 499, hadis nombor 2673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علقمة والأسود –رضي الله عنهما، قالا: أتينا أبا أيوب الأنصاري –رضي الله عنه- عند منصرفه من صفين… (فذكر قصة؛ وفيه قال). وسمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لعمار: ((يا عمار بن ياسر! إن رأيت عليا قد سلك واديا وسلك الناس واديا غيره؛ فاسلك مع علي؛ فإنه لن يدلك على ردى، ولن يخرجك من هدى)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4896)].

(Palsu)
Daripada ‘Alqamah dan al-Aswad RA, mereka berdua berkata: Kami pergi bertemu Abu Ayyub al-Ansari RA ketika beliau mahu beredar daripada Perang Siffin… (lalu dia menyebutkan satu kisah dan dalamnya dia berkata). Dan Aku mendengar Rasulullah SAW berkata kepada ‘Ammar: Wahai ‘Ammar bin Yasir! Jika kamu nampak ‘Ali telah melalui satu lembah sedangkan orang ramai melalui lembah selainnya, maka kamu lalulah bersama ‘Ali, kerana sesungguhnya dia tidak akan membawa kamu ke arah kecelakaan dan dia tidak akan mengeluarkan kamu daripada petunjuk.
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4896].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs