Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kami bertemu Abu Ayyub al-Ansari RA ketika beliau beredar daripada Perang Siffin

Teks Bahasa Arab

يا عمارُ بنَ ياسرٍ! إن رأيتَ عَلِيًّا قد سلك وادِيًا وسلك الناسُ وادِيًا غيرَه، فاسلُكْ مع عَلِيٍّ؛ فإنه لن يَدُلُّكَ على رَدِىٍّ، ولن يُخرِجَك من هُدًى.

Teks Bahasa Melayu

Wahai ‘Ammar bin Yasir! Jika kamu nampak ‘Ali telah melalui satu lembah sedangkan orang ramai melalui lembah selainnya, maka kamu laluilah bersama ‘Ali, kerana sesungguhnya dia tidak akan membawa kamu di atas kecelakaan dan dia tidak akan mengeluarkan kamu daripada petunjuk.

Sahabat Perawi

  1. ‘Alqamah dan al-Aswad RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 699, hadis no. 2673.

(موضوع) عن علقمة والأسود –رضي الله عنه-، قالا: أتينا أبا أيوب الأنصاري –رضي الله عنه- عند منصرفه من صفين... (فذكر قصة؛ وفيه قال). وسمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لعمار: ((يا عمار بن ياسر! إن رأيت عليا قد سلك واديا وسلك الناس واديا غيره؛ فاسلك مع علي؛ فإنه لن يدلك على ردى، ولن يخرجك من هدى)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4896)].

(Palsu) Daripada ‘Alqamah dan al-Aswad RA, mereka berdua berkata: Kami bertemu Abu Ayyub al-Ansari RA ketika beliau beredar daripada Perang Siffin… (lalu dia menyebutkan satu kisah dan dalamnya dia berkata). Dan Aku mendengar Rasulullah SAW berkata kepada ‘Ammar: Wahai ‘Ammar bin Yasir! Jika kamu nampak ‘Ali telah melalui satu lembah sedangkan orang ramai melalui lembah selainnya, maka kamu laluilah bersama ‘Ali, kerana sesungguhnya dia tidak akan membawa kamu di atas kecelakaan dan dia tidak akan mengeluarkan kamu daripada petunjuk. [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4896].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.