Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan dan penuntun unta bersenandung

TEKS BAHASA ARAB

كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر، وحاد يحدو: طاف الخيالان فهاجا سقما، خيال تكنى وخيال تكتما قامت تريك خشية أن تصرما، ساقا بخنداة وكعبا أدرما، والنبي صلى الله عليه وسلم لا ينكر ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan manakala penunggang unta sedang bersenandung: “Dua lamunan telah menggila dan mengamuk dek lamanya derita yang ditanggung, satunya akan disebut berkias dan satu lagi dirahsiakan.
Kerana khuatir ditinggalkan, dia pun bangun mempamerkan betisnya yang montok dan buku lalinya yang berisi.” Dan Nabi SAW tidak mengingkari perbuatannya itu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1648, hadis nombor 8329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: (كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر، وحاد يحدو: طاف الخيالان فهاجا سقما … خيال تكنى وخيال تكتما … قامت تريك خشية أن تصرما … ساقا بخنداة وكعبا أدرما. والنبي صلى الله عليه وسلم لا ينكر ذلك).
[عد، ((الضعيفة)) (6513)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan manakala penunggang unta sedang bersenandung: “Dua lamunan telah menggila dan mengamuk dek lamanya derita yang ditanggung, satunya akan disebut berkias dan satu lagi dirahsiakan.
Kerana khuatir ditinggalkan, dia pun bangun mempamerkan betisnya yang montok dan buku lalinya yang berisi.” Dan Nabi SAW tidak mengingkari perbuatannya itu.
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6513].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs