Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kami berkata kepada Nabi SAW: Bolehkah kami menyentuh al-Quran tanpa wudhu?

Teks Bahasa Arab

حديث: "قلنا لرسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: نمس القرآن على غير وضوء؟ قال: نعم، إلا أن تكون على جنابة، قلنا يا رسول الله، فقوله: (كتاب مكنون لا يمسه إلا المطهرون) قال: يعني مكنون من الشرك ومن الشيطان. لا يمسه إلا المطهرون، يعني لا يمس ثوابه إلا المؤمنون".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Kami (sahabat RA) berkata kepada Nabi SAW: bolehkah kami menyentuh al-Quran tanpa wudhu? Nabi SAW menjawab: Ya, melainkan kamu dalam keadaan junub. Kami berkata lagi: Katakan kepada kami, Ya Rasulullah perihal firman Allah SWT: “Kitab yang terpelihara, tidak akan disentuh melainkan yang telah disucikan”. Nabi SAW bersabda: Terpelihara dari perbuatan syirik dan syaitan. Tidak disentuh melainkan yang telah disucikan bermaksud tidak mendapat pahalanya melainkan orang mukmin”

Sahabat Perawi

  1. Muaz

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 9, hadis no. 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني عن معاذ مرفوعا، وقال موضوع باطل لا أصل له.

Al-Jauzaqani meriwayatkan daripada Muaz secara Marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Al-Jauzaqani berkata: Hadith ini palsu batil dan tidak ada asal riwayatnya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.