TEKS BAHASA ARAB
كنا نتحدث أن النبي صلى الله عليه وسلم عهد إلى علي سبعين عهدا لم يعهدها إلى غيره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kami berbicara bahawa Nabi telah memberikan janji kepada Ali sebanyak 70 janji yang mana Baginda tidak menjanjikannya kepada sahabat yang lain.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1934, hadis nombor 9702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل)
عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ قال: كنا نتحدث أن النبيَّ عَهِدَ إلى عليٍّ سبعين عهداً لم يعهدها إلى غيره.
[طب، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6288)]
(Batil)
Daripada Ibn ‘Abbas. Beliau berkata: Kami berbicara bahawa Nabi telah memberikan janji kepada Ali sebanyak 70 janji yang mana Baginda tidak menjanjikannya kepada sahabat yang lain.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6288]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.