Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بينَما نحن عند رسولِ اللهِ ﷺ إِذْ جاءَهُ عليُّ بنُ أبِي طالِبٍ فقال: بِأبِي أنتَ وأمي تَفَلَّتَ هذا القُرآنَ من صَدْرِي فمَا أجِدُنِي أقْدِرُ عليه فقال له رسولُ اللهِ ﷺ: يا أبا الحَسَنِ ! أفَلا أُعَلِّمُكَ كلماتٍ يَنفعُكَ اللهُ بِهِنَّ ، ويَنفعُ بِهنَّ مَنْ علَّمْتَهُ ، ويُثَبِّتُ ما تَعلمْتَهُ في صدْرِكَ ؟ . قال أجَلْ يا رسولَ اللهِ ! فعَلِّمْنِي . قال : إذا كان ليلةُ الجمعةِ فإنْ اسْتطعتَ أنْ تقومَ في ثُلُثِ الليلِ الآخِرِ فإنَّها ساعةٌ مَشهودةٌ ، والدُّعاءُ فيها مُستجابٌ ، وقَدْ قال أخِي يَعقوبُ لِبَنِيهِ : ( سوف أستغفر لكم ربي ) يَقولُ : حتى تأتِيَ ليلةُ الجمعةِ ، فإنْ لَمْ تَستطِعْ فقُمْ في وسَطِها، فإنْ لَمْ تَستطِعْ فقُمْ في أوَّلِها ، فصَلِّ أربعَ ركعاتٍ ، تَقرأُ في الركعةِ الأُولَى بِ ( فاتِحَةِ الكِتابِ ) وسُورةِ ( يس ) وفي الركعةِ الثانيةِ ( بِفاتحةِ الكتابِ ) و ( حم الدُّخان ) وفي الركعةِ الثالِثةِ بِ ( فاتِحةِ الكِتابِ ) و ( الم تَنزيلُ السَّجدة ) وفي الركعةِ الرابعةِ فاتحةُ الكتابِ و ( تَباركَ المفَصَّل ) ، فإذا فَرَغتَ من التشَهُّدِ فاحْمَدِ اللهَ ، وأحْسِنِ الثناءَ على اللهِ ، وصلِّ عليَّ وأحْسِنْ ، وعلى سائِرِ النَبيَّينَ ، واسْتغفِرْ لِلمؤمِنينَ والمؤمِناتِ ، ولإِخوانِكَ الذين سَبقُوكَ بِالإيمانِ ، ثُمَّ قُلْ في آخِرِ ذلِكَ : اللهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ المعاصِي أبَدًا ما أبْقيتَنِي ، وارْحمْنِي أنْ أتَكَلَّفَ ما لا يَعنِينِي ، وارْزُقْنِي حُسنَ النَّظرِ فِيما يُرضِيكَ عنِّي ، اللهُمَّ بَديعَ السمواتِ والأرضِ ! ذَا الجلالِ والإكرامِ ، والعِزَّةِ التي لا تُرامُ ، أسألُكَ يا اللهُ يا رَحمنُ بِجلالِكَ ونُورِ وجهِكَ أنْ تُلزِمَ قلْبِي حِفظَ كِتابَكَ كَما علَّمتَنِي ، وارْزقُنْيِ أنْ أتْلُوَهُ على النَّحوِ الذي يُرضِيكَ عنِّي ، اللهُمَّ بَدِيعَ السمواتِ والأرضِ ! ذَا الجلالِ والإكرامِ ، والعِزَّةِ التي لا تُرامُ ، أسألُكَ يا اللهُ يا رحمنُ ! بِجلالِكَ ونُورِ وجْهِكَ ، أنْ تُنَوِّرَ بِكتابِكَ بَصَرِي ، وأنْ تُطلِقَ به لِسانِي ، وأنْ تُفَرِّجَ به عن قَلبِي ، وأنْ تَشرَحَ به صَدْرِي ، وأنْ تَستَعْمِلَ بِه بَدَنِي ؛ فإنَّهُ لا يُعينُنِي على الحقِّ غَيرُكَ ، ولا يُؤتِينِه إِلَّا أنتَ ، ولا حولَ ولا قوةَ إلا بِاللهِ العلِيِّ العظِيمِ . يا أبا الحَسَنِ ! تَفعلُ ذلِكَ ثلاثَ جُمَعٍ ، أوْ خَمسًا ، أو سَبعًا ، ُتجابُ بِإذنِ اللهِ ، والَّذِي بَعثَنِي بالحقِّ ما أخطَأَ مُؤمِنًا قَطُّ . . قال ابنُ عباسٍ : فوَاللهِ ما لَبِثَ عليٌّ إلا خمسًا أو سبعًا حتى جاء رسولَ اللهِ في مثلِ ذلِكَ المجلِسِ فقال : يا رسولَ اللهِ ! إنِّي كنتُ فِيما خَلا لا آخُذُ إلا أربَعَ آياتٍ ونَحْوَهُنَّ ، فإذا قرأتُهُنَّ على نفْسِي تَفَلَّتْنَ ، وأنا أتَعلَّمُ اليومَ أرْبعينَ آيةً ونحوَها فإذا قَرأتُها على نفسِي فكأنَّما كِتابُ اللهِ بين عَيْنِي . ولَقدْ كنتُ أسْمعُ الحدِيثَ فإذا رَدَّدْتُهُ تَفَلَّتَ ، وأنا اليومَ أسْمَعُ الأحادِيثَ ، فإذا تَحدَّثْتُ بِها لَمْ أخْرِمْ مِنْها حَرْفًا . فقال رسولُ اللهِ عند ذلِكَ : مُؤمِنٌ ورَبِّ الكعبةِ أبا الحَسنِ.
Teks Bahasa Melayu
Kami berada dengan Rasulullah SAW tatkala 'Ali bin Abi Talib datang kepada baginda. Lalu dia mengadu: "Demi ayah dan ibuku, hafalan Al-Quran ini telah hilang dari dadaku dan aku tidak mampu mengembalikan hafalan itu." Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu al-Hasan, tidakkah engkau mahu aku ajarkan satu doa yang Allah akan memberi manfaat kepadamu dengannya? Ia juga akan memberi manfaat kepada sesiapa yang engkau ajarkan setelah itu dan ia akan meneguhkan apa yang engkau pelajari?” Lalu 'Ali membalas: "Tentu sekali wahai Rasulullah. Ajarkanlah aku!" Baginda bersabda: “Tatkala (tiba) malam Jumaat, jika kamu mampu bangun pada satu pertiga di akhir malam, sesungguhnya ia satu tempoh yang disaksikan dan doa pada waktu itu mustajab. Saudaraku Yaakob telah berkata kepada anak-anaknya: "Aku akan meminta keampunan kepada Tuhanku untuk kamu semua." Rasulullah SAW menyambung lagi: "Sehingga datang lagi malam Jumaat, jika kamu tidak mampu, bangunlah pada pertengahannya. Jika kamu tidak mampu, bangunlah pada awalnya. Solatlah empat rakaat, bacalah pada rakaat pertama surat al-Fatihah dan surah Yasin. Pada rakaat kedua, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Dukhan. Pada rakaat ketiga, bacalah surah al-Fatihah dan al-Sajdah. Pada rakaat keempat, bacalah al-Fatihah dan surah al-Mulk. Selepas selesai membaca bacaan tahiyyat, bertahmidlah pada Allah dan memuji-Nya. Selepas itu berselawatlah dan membacakan doa baik-baik pada aku, dan seluruh para anbiya'. Pohonlah keampunan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, dan saudara-saudara yang telah beriman sebelum engkau, kemudian bacakanlah doa ini pada akhirnya: Ya Allah, rahmatilah aku agar dapat meninggalkan maksiat kepada-Mu selamanya, selagi Engkau masih memberi kesempatan kepadaku. Rahmatilah diriku dari aku lakukan hal yang aku bersungguh pada perkara yang tidak penting bagiku, rezekikanku untuk melihat apa yang engkau sukai. Wahai Allah pencipta langit dan bumi, pemilik segala kuasa dan kemulian, kemulian yang tidak akan padam, teguhkan hatiku untuk menghafal kitab-Mu, sebagaimana engkau ajarkan kepadaku. Kurniakanlah aku supaya mampu membacanya sesuai dengan yang Engkau sukai. Ya Allah, Pencipta langit dan bumi, pemilik segala kuasa dan kemuliaan, kemulian yang tidak akan padam, aku memohon kepada-Mu wahai zat yang Maha Pemurah dan dengan cahaya wajah-Mu, dengan kitab-Mu terangilah penglihatanku, lapangkanlah dadaku, bahagiakanlah diriku, bebaskan (belenggu) lidahku, terapkanlah kepada badanku, teguhkanlah diriku atasnya, dan bantulah diriku untuk hal tersebut. Sesungguhnya, tiada penolong untuk hal itu, kecuali Engkau; tidaklah ia menjadi realiti kecuali Engkau izinkannya, sesungguhnya tiada daya dan upaya selain Engkau yang Maha Tinggi dan Berkuasa. Wahai Abu al-Hasan, lakukanlah ia tiga kali Jumaat, atau lima, atau tujuh, dengan izin Allah ia mustajab. Dengan zat yang mengutuskan aku, ini tidak akan ditolak jika ia datang dari seorang mukmin!” Ibn 'Abbas berkata: Demi Allah, Ali berjaga malam lima atau tujuh kali, sehingga dia datang pada Rasulullah SAW pada satu majlis seperti ini. Dan 'Ali berkata: Wahai Rasulullah, aku sebelum ini tidak mampu menghafal empat ayat dari al-Quran dan apabila aku cuba membacanya, ia akan hilang dari hafalanku. Hari ini, aku mampu menghafal 40 ayat sehari atau kurang lebih sebegitu, dan apabila aku membacanya, ibarat mushaf al-Quran berada di depan mataku. Dan sebelum ini, kalau aku mendengar hadis, dan ia hilang apabila aku ingin mengulangnya. Dan hari ini, jika aku mendengar hadis, aku boleh membacanya tanpa ada cacat walaupun satu huruf. Lalu Rasulullah SAW memberi respon balas, “Demi Tuhan Kaabah wahai Abu al-Hasan, engkau seorang mukmin.”
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1833-1834, hadis no. 9245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أنه قال: بينا نحن عند رسول الله ﷺ إذ جاءه علي بن أبي طالب فقال: بأبي أنت وأمي تفلّت هذا القرآن من صدري، فمَا أجدني أقدر عليه، فقال له رسول الله ﷺ: يا أبا الحسن! أفلا أعلمك کلمات ينفعك الله بِهِنَّ، وينفع بهنّ من علمته، ويُثَبِّتُ ما تعلمت في صدرك ؟ قال: أجل يا رسول الله! فعَلِّمني . قال: إذا كان ليلة الجمعة، فإذا استطعت أن تقوم في ثلث الليل الآخر، فإنها ساعة مشهودة، والدعاء فيها مستجاب، وقد قال أخي يعقوب لبنيه: ((سوف أستغفرلكم ربي)). يقول: حتى تأتي ليلة الجمعة، فإن لم تستطع، فقم في وسطها، فإن لم تستطع، فقم في أولها، فصلّ أربع ركعات: تقرأ في الركعة الأولى بفاتحة الكتاب وسورة ((يس))، وفي الركعة الثانية بفاتحة الكتاب و((حم)) الدخان، وفي الركعة الثالثة بفاتحة الكتاب و ((الم . تنزيل)) السجدة، وفي الركعة الرابعة بفاتحة الكتاب و((تبارك)) المفصّل، فإذا فرغت من التشهد فاحمد الله، وأحسن الثناء على الله وصل علي، وأحسن، وعلى سائر النبيين، واستغفر للمؤمنين، والمؤمنات، ولإخوانك الذين سبقوك بالإيمان، ثم قل في آخر ذلك: اللهم ارحمني بترك المعاصي أبدا ما أبقيتني وارحمني أن أتكلف ما لا يعنيني، وارزقني حسن النظر فيما يرضيك عني. اللهم بديع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام والعزة التي لا ترام! أسألك يا الله يا رحمن بجلالك ونور وجهك أن تُلزم قلبي حفظ كتابك کما علمتني، وارزقني أن أتلوه على النحو الذي يرضيك عني، اللهم بديع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام والعزة التي لا ترام! أسألك يا الله يا رحمان بجلالك ونور وجهك أن تنور بكتابك بصري، وأن تطلق به لساني، وأن تفرج به عن قلبي، وأن تشرح به صدري، وأن تعمل به بدني؛ فإنه لا يعينني على الحق غيرك، ولا يؤتيه إلا أنت، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم . يا أبا الحسن! فافعل ذلك ثلاث جمع، أو خمس، أو سبع ؛ تجاب بإذن الله . والذي بعثني بالحق! ما أخطأ مؤمنا قط. قال عبدالله بن عباس: فوالله! ما لبث علي إلا خمسا أو سبعا حتى جاء على رسول الله ﷺ في مثل ذلك المجلس، فقال: يا رسول الله! إني كنت فيما خلا لا آخذ إلا أربع آيات، أو نحوهنّ، وإذا قراتهنّ على نفسي تفلّتن، وأنا أتعلم اليوم أربعين آية، أو نحوها، وإذا قرأتُها على نفسي، فكأنما کتاب الله بين عيني ولقد كنت أسمع الحديث فإذا رددته تفلت، وأنا اليوم أسمع الأحاديث فإذا تحدثت بها لم أخرم منها حرفا . فقال له رسول الله ﷺ عند ذلك: مؤمن - ورب الكعبة -! يا أبا الحسن. [ت، ك، الأصبهاني، ابن عساكر في (جزء أخبار حفظ القرآن)، الضياء، (الضعيفة) ( 3374)].
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Kami berada dengan Rasulullah SAW tatkala 'Ali bin Abi Talib datang kepada baginda. Lalu dia mengadu: "Demi ayah dan ibuku, hafalan Al-Quran ini telah hilang dari dadaku dan aku tidak mampu mengembalikan hafalan itu." Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu al-Hasan, tidakkah engkau mahu aku ajarkan satu doa yang Allah akan memberi manfaat kepadamu dengannya? Ia juga akan memberi manfaat kepada sesiapa yang engkau ajarkan setelah itu dan ia akan meneguhkan apa yang engkau pelajari?” Lalu 'Ali membalas: "Tentu sekali wahai Rasulullah. Ajarkanlah aku!" Baginda bersabda: “Tatkala (tiba) malam Jumaat, jika kamu mampu bangun pada satu pertiga di akhir malam, sesungguhnya ia satu tempoh yang disaksikan dan doa pada waktu itu mustajab. Saudaraku Yaakob telah berkata kepada anak-anaknya: "Aku akan meminta keampunan kepada Tuhanku untuk kamu semua." Rasulullah SAW menyambung lagi: "Sehingga datang lagi malam Jumaat, jika kamu tidak mampu, bangunlah pada pertengahannya. Jika kamu tidak mampu, bangunlah pada awalnya. Solatlah empat rakaat, bacalah pada rakaat pertama surat al-Fatihah dan surah Yasin. Pada rakaat kedua, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Dukhan. Pada rakaat ketiga, bacalah surah al-Fatihah dan al-Sajdah. Pada rakaat keempat, bacalah al-Fatihah dan surah al-Mulk. Selepas selesai membaca bacaan tahiyyat, bertahmidlah pada Allah dan memuji-Nya. Selepas itu berselawatlah dan membacakan doa baik-baik pada aku, dan seluruh para anbiya'. Pohonlah keampunan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, dan saudara-saudara yang telah beriman sebelum engkau, kemudian bacakanlah doa ini pada akhirnya: Ya Allah, rahmatilah aku agar dapat meninggalkan maksiat kepada-Mu selamanya, selagi Engkau masih memberi kesempatan kepadaku. Rahmatilah diriku dari aku lakukan hal yang aku bersungguh pada perkara yang tidak penting bagiku, rezekikanku untuk melihat apa yang engkau sukai. Wahai Allah pencipta langit dan bumi, pemilik segala kuasa dan kemulian, kemulian yang tidak akan padam, teguhkan hatiku untuk menghafal kitab-Mu, sebagaimana engkau ajarkan kepadaku. Kurniakanlah aku supaya mampu membacanya sesuai dengan yang Engkau sukai. Ya Allah, Pencipta langit dan bumi, pemilik segala kuasa dan kemuliaan, kemulian yang tidak akan padam, aku memohon kepada-Mu wahai zat yang Maha Pemurah dan dengan cahaya wajah-Mu, dengan kitab-Mu terangilah penglihatanku, lapangkanlah dadaku, bahagiakanlah diriku, bebaskan (belenggu) lidahku, terapkanlah kepada badanku, teguhkanlah diriku atasnya, dan bantulah diriku untuk hal tersebut. Sesungguhnya, tiada penolong untuk hal itu, kecuali Engkau; tidaklah ia menjadi realiti kecuali Engkau izinkannya, sesungguhnya tiada daya dan upaya selain Engkau yang Maha Tinggi dan Berkuasa. Wahai Abu al-Hasan, lakukanlah ia tiga kali Jumaat, atau lima, atau tujuh, dengan izin Allah ia mustajab. Dengan zat yang mengutuskan aku, ini tidak akan ditolak jika ia datang dari seorang mukmin!” Ibn 'Abbas berkata: Demi Allah, Ali berjaga malam lima atau tujuh kali, sehingga dia datang pada Rasulullah SAW pada satu majlis seperti ini. Dan 'Ali berkata: Wahai Rasulullah, aku sebelum ini tidak mampu menghafal empat ayat dari al-Quran dan apabila aku cuba membacanya, ia akan hilang dari hafalanku. Hari ini, aku mampu menghafal 40 ayat sehari atau kurang lebih sebegitu, dan apabila aku membacanya, ibarat mushaf al-Quran berada di depan mataku. Dan sebelum ini, kalau aku mendengar hadis, dan ia hilang apabila aku ingin mengulangnya. Dan hari ini, jika aku mendengar hadis, aku boleh membacanya tanpa ada cacat walaupun satu huruf. Lalu Rasulullah SAW memberi respon balas, “Demi Tuhan Kaabah wahai Abu al-Hasan, engkau seorang mukmin.” [Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim, al-Asbahani, Ibn ‘Asakir dalam Juz'u Akhbar Hifz al-Qur'an dan al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3374]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman