Kami (anak kepada ‘Abd al-Muṭṭalib) ialah penghulu ahli syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نحن -ولد ‌عبد ‌المطلب- سادة أهل الجنة: أنا، وحمزة، وعلي، وجعفر، والحسن، والحسين، والمهدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami (anak kepada ‘Abd al-Muṭṭalib) ialah penghulu ahli syurga: Aku, Ḥamzah, ‘Alī, Ja‘afar, al-Ḥasan, al-Ḥusain dan al-Mahdī.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 669, hadis nombor 3455. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((نحن -ولد ‌عبد ‌المطلب- سادة أهل الجنة: أنا، وحمزة، وعلي، وجعفر، والحسن، والحسين، والمهدي)). [ه، ك، ((الضعيفة)) (4688)]

(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kami (anak kepada ‘Abd al-Muṭṭalib) ialah penghulu ahli syurga: Aku, Ḥamzah, ‘Alī, Ja‘afar, al-Ḥasan, al-Ḥusain dan al-Mahdī. [Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya, al-Hākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4688]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.