Kami adalah hamba-hamba perempuan daripada Bani Najjar

TEKS BAHASA ARAB

TEKS BAHASA MALAYSIA

Diriwayatkan daripada Anas, katanya, Rasulullah SAW tiba di Madinah. Setelah baginda memasuki Madinah, orang-orang Ansar dengan lelaki dan perempuannya datang. Mereka mengatakan: Datanglah kepada kami wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Biarkan unta berjalan, kerana ia berjalan di atas perintah Allah, kemudian unta itu duduk di hadapan rumah Abu Ayyub. Katanya; Hamba-hamba perempuan Bani Najjar keluar dengan memukul gendang sambil mendengarkan kata-kata:

 

Kami adalah hamba-hamba perempuan daripada Bani Najjar

Alangkah bertuahnya kami, kerana Muhammad menjadi jiran kami

 

Rasulullah SAW keluar menemui mereka lantas bersabda: Adakah anda semua kasih kepada saya. Mereka menjawab: Ya, demi Allah wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Demi Allah saya juga kasihkan anda semua, Demi Allah saya juga kasihkan anda semua, Demi Allah saya juga kasihkan anda semua.

 

 

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Ini adalah hasil kajian Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim and Prof. Madya Dr. Rohaizan bin Baru and Ustaz Abdul Wahid bin Salleh,

5. Takhrij Kisah

 Kisah di atas telah dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Ad-Dalal’il (2/508) dan ia juga dikemukakan oleh Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wa an-Nihayah (jil. 3, hlm. 240).

6. Penilaian

 Kisah di atas sebenarnya adalah suatu kisah yang sangat lemah. Penyakitnya terdapat pada Ibrahim bin Sirmah. Beliau telah dikemukakan oleh az-Zahabi dalam Al-Mizan (jil. 1/38/115) di mana beliau menyatakan antara lain: Ibrahim bin Sirmah al-Ansari daripada Yahya bin Said al-Ansari; Beliau dinilai sebagai lemah oleh ad-Daraqutni dan lain-lain. Kata Ibn Adi: Umum hadis beliau adalah mungkar dari segi teks dan juga sanad. Kata Ibn Ma’in: Beliau seorang yang sangat dusta (kazzab) yang keji.

 

 

RUJUKAN

Basri bin Ibrahim, Rohaizan bin Baru, & Abdul Wahid bin Salleh. (2015). Kisah-Kisah Lemah Yang Sewajarnya Dilihat Semula Oleh Para Penceramah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah House of Publisher Sdn Bhd.

MAKLUMAN

Hasil penyelidikan ini telah dimasukkan disini melalui Projek 60 Kisah-Kisah Lemah yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!

Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.