Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kambing itu berkat, telaga itu berkat

Teks Bahasa Arab

الشَّاةُ برَكةٌ، والبئرُ برَكةٌ، والتنَّورُ برَكةٌ، والقدَّاحَةُ بركةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Kambing itu berkat (kerana pertambahannya), telaga itu berkat (kerana ia merupakan sumber air), tempat membakar roti itu berkat (kerana dengannya makanan dihasilkan), tempat membakar itu berkat (kerana keperluan manusia kepadanya).

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 610, hadis no. 3168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الشاة ‌بركة، والبئر بركة، والتنور بركة، والقداحة بركة)). [خط، ((الضعيفة)) (3751)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kambing itu berkat (kerana pertambahannya), telaga itu berkat (kerana ia merupakan sumber air), tempat membakar roti itu berkat (kerana dengannya makanan dihasilkan), alat menyalakan api itu berkat (kerana keperluan manusia kepadanya).)) [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3751].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.