Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kambing adalah suatu keberkatan

Teks Bahasa Arab

الشَّاةُ بَرَكَةٌ وَالْبِئْرُ بَرَكَةٌ وَالتَّنَوُّرُ بَرَكَةٌ وَالْقَدَاحَةُ بَرَكَةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Kambing adalah suatu keberkatan, telaga adalah suatu keberkatan, tempayan memasak adalah suatu keberkatan dan penyala api adalah suatu keberkatan.

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 47, hadis no. 247. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut turut diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Tarikh, juga oleh al-Dailami melalui sanad al-Hakim dengan penambahan: Dan ayam adalah suatu keberkatan. Dalam sanadnya terdapat al-Dari' (Ahmad bin Nasr al-Zira'), seorang pendusta, tidak malu, pemalsu hadith yang bodoh.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.