Kalimah Lā ilāha illa Allah (Tiada Tuhan Selain Allah) mencegah para hamba daripada kemurkaan Allah

TEKS BAHASA ARAB

لا إله إلا الله تمنع العباد من سخط الله؛ ما لم يؤثروا صفقة دنياهم على دينهم، فإذا آثروا صفقة دنياهم على دينهم، ثم قالوا: لا إله إلا الله؛ قال الله: كذبتم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalimah Lā ilāha illa Allah (Tiada Tuhan Selain Allah) mencegah para hamba daripada kemurkaan Allah, selagi mereka tidak mengutamakan tawaran keuntungan kehidupan dunia mereka daripada urusan kehidupan agama mereka. Sekiranya mereka mengutamakan tawaran keuntungan kehidupan dunia mereka daripada urusan kehidupan agama mereka, lalu mereka berkata: Lā ilāha illa Allah (Tiada Tuhan Selain Allah), Allah berkata: Kalian semua telah berdusta.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2062, hadis nombor 10359. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا إله إلا الله تمنع العباد من سخط الله؛ ما لم يؤثروا صفقة دنياهم على دينهم، فإذا آثروا صفقة دنياهم على دينهم، ثم قالوا: لا إله إلا الله؛ قال الله: كذبتم.
[هب، ((الضعيفة)) (6301)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kalimah Lā ilāha illa Allah (Tiada Tuhan Selain Allah) mencegah para hamba daripada kemurkaan Allah, selagi mereka tidak mengutamakan tawaran keuntungan kehidupan dunia mereka daripada urusan kehidupan agama mereka. Sekiranya mereka mengutamakan tawaran keuntungan kehidupan dunia mereka daripada urusan kehidupan agama mereka, lalu mereka berkata: Lā ilāha illa Allah (Tiada Tuhan Selain Allah), Allah berkata: Kalian semua telah berdusta.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam Syu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6301]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs