Kalian yang paling baik kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah yang paling lama berlapar dan berfikir tentang Allah Yang Maha Suci

TEKS BAHASA ARAB

أفضلكم عند الله منزلة يوم القيامة أطولكم جوعا وتفكيرا في الله – سبحانه -، وأبغضكم عند الله – عز وجل – يوم القيامة كل نؤوم أكول شروب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalian yang paling baik kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah yang paling lama berlapar dan berfikir tentang Allah Yang Maha Suci. Manakala kalian yang paling dimurkai di sisi Allah Azzawajalla pada hari kiamat ialah semua yang banyak tidur, banyak makan dan banyak minum.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 384, hadis nombor 2029. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له) عن الحسن البصري مرسلا: «أفضلكم عند الله منزلة يوم القيامة أطولكم جوعا وتفكيرا في الله – سبحانه -، وأبغضكم عند الله – عز وجل – يوم القيامة كل نؤوم أكول شروب». [«الضعيفة» (244)].

(Tiada Asal Baginya) Daripada al-Hasan al-Basri secara mursal (terputus sanad): "Kalian yang paling baik kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah yang paling lama berlapar dan berfikir tentang Allah Yang Maha Suci. Manakala kalian yang paling dimurkai di sisi Allah Azzawajalla pada hari kiamat ialah semua yang banyak tidur, banyak makan dan banyak minum". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 244].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs