TEKS BAHASA ARAB
حديث: أنه جاء رجل من الحبشة إلى رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم. فقال: فضلتم علينا بالصور والألوان والنبوة. أفرأيت إن آمنت بمثل الذي آمنت به. وعملت بمثل الذي عملت به أني كائن معك في الجنة؟ قال نعم. والذي نفسي بيده: إنه ليرى بياض الأسود من مسيرة ألف عام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Seorang lelaki datang daripada Habsyah bertemu Rasulullah SAW. Dia berkata: Kalian telah melebihi kami dari segi rupa paras, warna, dan kenabian. Adakah kamu berpendapat jika aku beriman dengan apa yang engkau imani dan beramal dengan apa yang engkau amalkan, bahawa aku akan ada bersama engkau di syurga? Nabi bersabda: Ya. Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya: Sesungguhnya putihnya kehitaman akan kelihatan sejauh perjalanan 1000 tahun.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 416-417, hadis nombor 177. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن ابن عمر مرفوعا وقال: باطل لا أصل له. وقد رواه الطبراني، وروى له شاهدا أحمد في المسند.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Ia batil dan tiada asal baginya.
Ia diriwayatkan oleh al-Tabarani. Imam Ahmad meriwayatkan hadith sokongan riwayat tersebut dalam al-Musnad.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.