Kalian mesti mengikuti agama orang-orang yang lemah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عليكم بدين العجائز.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalian mesti mengikuti agama orang-orang yang lemah.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«عليكم بدين العجائز» قال ابن طاهر لم أقف له على أصل وإنما رأيت حديثا لابن السلماني «إذا كان في آخر الزمان واختلفت الأهواء فعليكم بدين أهل البادية والنساء» ولابن السلماني نسخة اتهم بوضعها وقال الصغاني موضوع، وفي المقاصد لا أصل له بهذا اللفظ لكن عند الديلمي عن ابن السلماني وهو ضعيف جدا حدث عن أبيه بمائتي حديث كلها موضوعة لا يحل ذكرها إلا على وجه التعجب.

Maksudnya: “Kalian mesti mengikuti agama orang-orang yang lemah.”
Ibn Tahir Al-Maqdisi berkata : Saya tidak menjumpai asal bagi hadith ini akan tetapi saya melihat ada satu hadith kepunyaan Ibn Al-Salmani :
Maksudnya: “Jika keadaan di akhir zaman kacau bilau maka kalian mesti mengikut agama penduduk kampung dan wanita.”
Ibn Al-Salmani mempunyai satu nuskhah yang mana beliau dituduh melakukan pendustaan. Al-Saghani berkata : Ia adalah hadith yang palsu. Di dalam kitab Al-Maqasid : Lafaz hadith ini tiada asalnya akan tetapi ada riwayat Al-Dailami daripada Ibn Al-Salmani. Ia adalah riwayat yang terlalu lemah. Beliau meriwayatkan dua ratus hadith daripada ayahnya. Kesemuanya hadith yang palsu. Tidak boleh meriwayatkannya kecuali untuk menyatakan kepelikan di atas riwayat tersebut.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.