Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُلُوا السَّفَرْجَلَ على الرِّيقِ؛ فإنه يُذْهِبُ وَغَرَ الصدرِ.
Teks Bahasa Melayu
Kalian makanlah safarjal (buah quince) pada awal pagi kerana sesungguhnya ia menghilangkan kemarahan di dada.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 410, hadis no. 2204. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعاً: «كلوا السفرجل على الريق؛ فإنه يذهب وغر الصدر». [أبو نعيم في «الطب»، «الضعيفة» (4099)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kalian makanlah safarjal (buah quince) pada awal pagi kerana sesungguhnya ia menghilangkan kemarahan di dada". [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4099].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman