Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوا بِهِ، فَإِنَّهُ شِفَاءٌ مِنْ سَبْعِينَ دَاءً، مِنْهَا الْجُذَامُ.
Teks Bahasa Melayu
Kalian makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak sapu, kerana sesungguhnya ia penawar bagi tujuh puluh penyakit, antaranya penyakit kusta.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 389, hadis no. 2069. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: «كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوا بِهِ، فَإِنَّهُ شِفَاءٌ مِنْ سَبْعِينَ دَاءً، مِنْهَا الْجُذَامُ». [أبي نعيم في «الطب»، «الضعيفة» (512)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kalian makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak sapu, kerana sesungguhnya ia penawar bagi tujuh puluh penyakit, antaranya penyakit kusta". [Riwayat Abu Nu‘aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 512].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman