Kalian makanlah kurma mentah dengan kurma kering

TEKS BAHASA ARAB

كلوا البلح بالتمر؛ فإن الشيطان إذا رآه؛ غضب، وقال: عاش ابن آدم حتى أكل الجديد بالخلق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalian makanlah kurma mentah dengan kurma kering. Sesungguhnya syaitan apabila melihatnya ia akan marah dan berkata: "Anak Adam hidup sehingga dia makan sesuatu yang baru dengan yang lama".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis nombor 2049. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَا – مرفوعا: «كُلوا البلحَ بالتَّمرِ؛ فإنَّ الشَّيطانَ إذا رآهُ؛ غضِبَ، وقالَ: عاشَ ابنُ آدمَ حتَّى أكلَ الجديدَ بالخَلِقِ».[هـ، عق، عد، ك، ابن حبان في «الضعفاء»، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، الحاكم في «معرفة علوم الحديث»، البيهقي في «الآداب»، أبو الحسن الحمامي في «الفوائد المنتقاة»، هبة الله الطبري في «الفوائد»، «الضعيفة» (231)].

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Kalian makanlah kurma mentah dengan kurma kering. Sesungguhnya syaitan apabila melihatnya ia akan marah dan berkata: "Anak Adam hidup sehingga dia makan sesuatu yang baru dengan yang lama". [Riwayat Ibn Majah, Ibn ‘Adi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’, Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan, al-Hakim dalam Ma‘rifah ‘Ulum al-Hadith, al-Bayhaqi dalam al-Adab, Abu al-Hasan al-Hamami dalam al-Fawa'id al-Muntaqah dan Hibah Allah al-Tabari dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 231].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs