Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُلوا البلحَ بالتَّمرِ؛ فإنَّ الشَّيطانَ إذا رآهُ؛ غضِبَ، وقالَ: عاشَ ابنُ آدمَ حتَّى أكلَ الجديدَ بالخَلِقِ.
Teks Bahasa Melayu
Kalian makanlah kurma mentah dengan kurma kering. Sesungguhnya syaitan apabila melihatnya ia akan marah dan berkata: "Anak Adam hidup sehingga dia makan sesuatu yang baru dengan yang lama".
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis no. 2049. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَا - مرفوعا: «كُلوا البلحَ بالتَّمرِ؛ فإنَّ الشَّيطانَ إذا رآهُ؛ غضِبَ، وقالَ: عاشَ ابنُ آدمَ حتَّى أكلَ الجديدَ بالخَلِقِ».[هـ، عق، عد، ك، ابن حبان في «الضعفاء»، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، الحاكم في «معرفة علوم الحديث»، البيهقي في «الآداب»، أبو الحسن الحمامي في «الفوائد المنتقاة»، هبة الله الطبري في «الفوائد»، «الضعيفة» (231)].
(Palsu) Daripada 'Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Kalian makanlah kurma mentah dengan kurma kering. Sesungguhnya syaitan apabila melihatnya ia akan marah dan berkata: "Anak Adam hidup sehingga dia makan sesuatu yang baru dengan yang lama". [Riwayat Ibn Majah, Ibn ‘Adi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’, Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan, al-Hakim dalam Ma‘rifah ‘Ulum al-Hadith, al-Bayhaqi dalam al-Adab, Abu al-Hasan al-Hamami dalam al-Fawa'id al-Muntaqah dan Hibah Allah al-Tabari dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 231].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman