Kalian makanlah kurma kering dalam keadaan perut kosong

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كلوا التمر على الريق؛ فإنه يقتل الدود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalian makanlah kurma kering dalam keadaan perut kosong, kerana sesungguhnya ia boleh membunuh ulat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis nombor 2050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: «كلوا التمر على الريق؛ فإنه يقتل الدود». [أبو بكر الشافعي في «الفوائد»، عد، «الضعيفة» (232)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kalian makanlah kurma kering dalam keadaan perut kosong, kerana sesungguhnya ia boleh membunuh ulat". [Riwayat Abu Bakr al-Shafi‘i dalam al-Fawa’id dan Ibn ‘Adi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 232].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.