Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كلوا التمرَ على الريقِ؛ فإِنَّه يَقْتُلُ الدودَ.
Teks Bahasa Melayu
Kalian makanlah kurma kering dalam keadaan perut kosong, kerana sesungguhnya ia boleh membunuh ulat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis no. 2050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: «كلوا التمر على الريق؛ فإنه يقتل الدود». [أبو بكر الشافعي في «الفوائد»، عد، «الضعيفة» (232)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kalian makanlah kurma kering dalam keadaan perut kosong, kerana sesungguhnya ia boleh membunuh ulat". [Riwayat Abu Bakr al-Shafi‘i dalam al-Fawa’id dan Ibn ‘Adi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 232].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman