Kalian makanlah, kerana sesungguhnya aku bukan seperti kalian

TEKS BAHASA ARAB

كلوه؛ فإني لست كأحدكم؛ إني أخاف أن أوذي صاحبي – يعني: الملك -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalian makanlah, kerana sesungguhnya aku bukan seperti kalian. Aku bimbang sahabatku akan disakiti – baginda maksudkan: malaikat –.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 410, hadis nombor 2205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبيد الله بن أبي يزيد أخبره أبوه قال: نزلت على أم أيوب الذين نزل عليهم رسول الله ﷺ أنهم تكلفوا طعاماً فيه بعض هذه البقول، فقربوه، فكرهه، قال لأصحابه: «كلوه؛ فإني لست كأحدكم؛ إني أخاف أن أوذي صاحبي – يعني: الملك -». [ت، هـ، الدارمي، حم، «الضعيفة» (4100)].

(Lemah) Daripada Ubaidullah bin Abu Yazid, bapanya memberitahunya, beliau berkata: Aku duduk di rumah Ummu Ayub yang mana Rasulullah ﷺ duduk di rumah mereka. Aku duduk di rumahnya lalu beliau menceritakan perkara ini kepadaku, daripada Rasulullah ﷺ bahawa mereka menyediakan makanan yang padanya ada beberapa sayuran ini (bawang). Lalu mereka menghidangkannya kepada baginda, namun baginda tidak menyukainya. Baginda bersabda kepada para sahabatnya: “Kalian makanlah, kerana sesungguhnya aku bukan seperti kalian. Aku bimbang sahabatku akan disakiti – baginda maksudkan: malaikat –”. [Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah dalam Sunan mereka, al-Darimi dan Ahmad dalam Musnad mereka. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4100].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs