Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kalian makanlah buah tin

Teks Bahasa Arab

كُلُوا التِّينَ، فلو قلتُ: إنَّ فاكهةً نَزَلَتْ من الجنةِ بلا عَجَمٍ؛ لقلتُ: هي التِّينُ، وإنه يَذْهَبُ بالبَوَاسِيرِ، وينفعُ من النَّقْرَسِ.

Teks Bahasa Melayu

Kalian makanlah buah tin. Maka jika aku katakan: Sesungguhnya terdapat buah yang turun dari syurga tanpa biji, nescaya aku akan katakan: Ia adalah buah tin dan sesungguhnya ia menghilangkan penyakit buasir dan bermanfaat untuk penyakit gout.

Sahabat Perawi

  1. Abu Dzarr RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis no. 2051. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر - رضي الله عنه - مرفوعا: «كلوا التين، فلو قلت: إن فاكهة نزلت من الجنة بلا عجم؛ لقلت: هي التين، وإنه يذهب بالبواسير، وينفع من النقرس». [فر، أبي نعيم في «الطب»، الثعلبي، «الضعيفة» (165)].

(Lemah) Daripada Abu Dzarr RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kalian makanlah buah tin. Maka jika aku katakan: Sesungguhnya terdapat buah yang turun dari syurga tanpa biji, nescaya aku akan katakan: Ia adalah buah tin dan sesungguhnya ia menghilangkan penyakit buasir dan bermanfaat untuk penyakit gout". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws, Abu Nu‘aym dalam al-Tibb dan al-Tha‘labi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 165].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.