TEKS BAHASA ARAB
أخروهن من حيث أخرهن الله -يعني: النساء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kalian jadikanlah mereka di belakang (dalam saf solat) sebagaimana Allah telah menjadikan mereka di belakang. Iaitu: para wanita.
STATUS
Tiada asal baginya secara marfu’
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 348, hadis nombor 1833. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له مرفوعا) ((أخروهن من حيث أخرهن الله)). يعني النساء.
[((الضعيفة)) (918)]
(Tiada asal baginya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW)) Kalian jadikanlah mereka di belakang (dalam saf solat) sebagaimana Allah telah menjadikan mereka di belakang. Iaitu: para wanita.
[Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 918]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.