Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kalian ikutlah para ulama'

Teks Bahasa Arab

‌اتَّبِعُوا ‌العُلَماءَ ‌فإنَّهُمْ ‌سُرُجُ الدُّنْيا ومَصابِيحُ الآخِرَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Kalian ikutlah para ulama' kerana sesungguhnya mereka adalah pelita dunia dan lampu-lampu akhirat.

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 7, hadis no. 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia melalui riwayat al-Qasim bin Ibrahim al-Multi, beliau seorang kaki dusta. Seterusnya, penulis (al-Suyuti) sendiri menilai hadith ini sebagai palsu, lalu beliau masukkannya dalam Zail al-Mawdhu'at.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.