TEKS BAHASA ARAB
استقبلوا بمقعدتي القبلة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kalian hadapkanlah tempat dudukku (di tandas) ke arah kiblat.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1190, hadis nombor 6031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: ذكر عند رسول الله ﷺ قوم يكرهون أن يستقبلوا بفروجهم القبلة، فقال: أراهم قد فعلوها؟ ! (وفي لفظ: أو قد فعلوها؟ !) «استقبلوا بمقعدتي القبلة». [ه، حم، تخ، الطيالسي، الطحاوي، قط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (947)].
(Munkar) Daripada ‘Aisyah, beliau telah berkata: Telah disebut di sisi Rasulullah SAW bahawa ada satu kelompok manusia yang tidak suka menghadapkan kemaluan mereka (ketika membuang hajat) ke arah kiblat. Baginda pun bersabda: “Menurut aku, mereka telah melakukannya. (Dalam satu lafaz: Bukankah mereka telah melakukannya?) Kalian hadapkanlah tempat dudukku (di tandas) ke arah kiblat”. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-Tayalisi, al-Tahawi, al-Daraqutni dalam Sunan al-Daraqutni dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no: 947].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.