Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Kalian hadapkanlah tempat dudukku ke arah kiblat

Teks Bahasa Arab

استقبِلوا بمَقْعَدَتِي القبلةَ.

Teks Bahasa Melayu

Kalian hadapkanlah tempat dudukku (di tandas) ke arah kiblat.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1190, hadis no. 6031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: ذكر عند رسول الله ﷺ قوم يكرهون أن يستقبلوا بفروجهم القبلة، فقال: أراهم قد فعلوها؟ ! (وفي لفظ: أو قد فعلوها؟ !) «استقبلوا بمقعدتي القبلة». [ه، حم، تخ، الطيالسي، الطحاوي، قط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (947)].

(Munkar) Daripada ‘Aisyah, beliau telah berkata: Telah disebut di sisi Rasulullah SAW bahawa ada satu kelompok manusia yang tidak suka menghadapkan kemaluan mereka (ketika membuang hajat) ke arah kiblat. Baginda pun bersabda: “Menurut aku, mereka telah melakukannya. (Dalam satu lafaz: Bukankah mereka telah melakukannya?) Kalian hadapkanlah tempat dudukku (di tandas) ke arah kiblat”. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-Tayalisi, al-Tahawi, al-Daraqutni dalam Sunan al-Daraqutni dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no: 947].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.