Kalian berikanlah jaminan kepada aku sebanyak enam perkara, aku jaminkan syurga untuk kalian

TEKS BAHASA ARAB

اضمنوا لي ست خصال أضمن لكم الجنّة. قالوا: وما هنّ يا رسول الله؟ قال: لا تظلموا عند قسمة مواريثكم وأنصفوا الناس من أنفسكم ولا تجبنوا عند قتال عدوّكم ولا تغلّوا غنائمكم وامنعوا ظالمكم من مظلومكم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalian berikanlah jaminan kepada aku sebanyak enam perkara, aku jaminkan syurga untuk kalian. Para sahabat bertanya: Apakah enam perkara tersebut, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Janganlah kalian berlaku zalim dalam pembahagian harta warisan, berlaku adillah serta penuhilah hak sesama kalian dalam setiap interaksi, janganlah kalian menjadi pengecut ketika berperang dengan musuh kalian, janganlah kalian berlaku khianat dalam urusan harta rampasan perang, dan halanglah orang-orang zalim dalam kalangan kalian daripada perbuatan zalim ke atas orang yang dizalimi daripada kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1027, hadis nombor 5273. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

[ضعيف] عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله: اضمنوا لي ست خصال أضمن لكم الجنّة. قالوا: وما هنّ يا رسول الله؟ قال: لا تظلموا عند قسمة مواريثكم وأنصفوا الناس من أنفسكم ولا تجبنوا عند قتال عدوّكم ولا تغلّوا غنائمكم وامنعوا ظالمكم من مظلومكم [طب، الضعيفة (٧٠١٩)]

[Lemah] Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kalian berikanlah jaminan kepada aku sebanyak enam perkara, aku jaminkan syurga untuk kalian. Para sahabat bertanya: Apakah enam perkara tersebut, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Janganlah kalian berlaku zalim dalam pembahagian harta warisan, berlaku adillah serta penuhilah hak sesama kalian dalam setiap interaksi, janganlah kalian menjadi pengecut ketika berperang dengan musuh kalian, janganlah kalian berlaku khianat dalam urusan harta rampasan perang, dan halanglah orang-orang zalim dalam kalangan kalian daripada perbuatan zalim ke atas orang yang dizalimi daripada kalian. [Riwayat al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah (7019)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs