Kalian berada di antara warna merah, hijau dan kuning

TEKS BAHASA ARAB

إنكم قد أصبحتم بين أحمر وأخضر وأصفر فإذا لقيتم عدوكم فقدما قدما فإنه ليس أحد يقتل في سبيل الله إلا ابتدرت له ثنتان من الحور العين فإذا استشهد كان أول قطرة تقع من دمه كفر الله عنه كل ذنب ويمسحان الغبار عن وجهه ويقولان: قد آن لك ويقول هو: قد آن لكما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalian berada di antara warna merah, hijau dan kuning. MJika kalian bertemu dengan musuh kalian teruslah mara maju ke hadapan. Sesungguhnya tiada seorang pun yang terbunuh di jalan Allah melainkan akan ada dua bidadari yang bersegera untuk menemuinya. Apabila dia meninggal dunia, titisan darah pertama yang jatuh menjadi sebab Allah menghapuskan dosanya. Dua bidadari itu tadi akan menyapu debu di wajahnya dan berkata: Waktu kamu telah tiba. Orang yang mati syahid itu pula berkata: Waktu kamu berdua juga telah tiba.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 992, hadis nombor 5109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق) عن يزيد بن شجرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله يقول: إنكم قد أصبحتم بين أحمر وأخضر وأصفر فإذا لقيتم عدوكم فقدماً قدماً فإنه ليس أحد يقتل في سبيل الله إلا ابتدرت له ثنتان من الحور العين فإذا استشهد كان أول قطرة تقع من دمه كفر الله عنه كل ذنب ويمسحان الغبار عن وجهه ويقولان: قد آن لك ويقول هو: قد آن لكما. [البزار، الضعيفة (3740)].

(Lemah dalam lafaz ini) Daripada Yazid bin Syajarah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kalian berada di antara warna merah, hijau dan kuning. MJika kalian bertemu dengan musuh kalian teruslah mara maju ke hadapan. Sesungguhnya tiada seorang pun yang terbunuh di jalan Allah melainkan akan ada dua bidadari yang bersegera untuk menemuinya. Apabila dia meninggal dunia, titisan darah pertama yang jatuh menjadi sebab Allah menghapuskan dosanya. Dua bidadari itu tadi akan menyapu debu di wajahnya dan berkata: Waktu kamu telah tiba. Orang yang mati syahid itu pula berkata: Waktu kamu berdua juga telah tiba. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3740].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs