Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ائتَدِمُوا ولو بالماءِ.
Teks Bahasa Melayu
Kalian ambillah lauk (untuk mencecah roti) sekalipun dengan air.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 392, hadis no. 2091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ائتدموا ولو بالماء». [تمام، الطبراني في «جزء من حديثه»، «الضعيفة» (1711)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Kalian ambillah lauk (untuk mencecah roti) sekalipun dengan air". [Riwayat Tammam dalam al-Fawaid, al-Tabarani dalam Juz’ min Hadithih dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1711].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman