Kalaupun tersingkap tabir, aku tidak akan bertambah dari segi keyakinanku

TEKS BAHASA ARAB

لو كشف الغطاء ما ازددت يقينا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaupun tersingkap tabir, aku tidak akan bertambah dari segi keyakinan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 149, hadis nombor 254. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال القشيري في رسالته: هو قول عامر بن عبد الله بن عبد قيس قلت والمشهور أنه من كلام علي كرم الله وجهه.

Al-Qusyairi berkata dalam Risalahnya: Ia adalah kata-kata ‘Amir bin ‘Abd Allah bin ‘Abd Qays. Aku telah berkata: Dan yang masyhur bahawa ia adalah daripada kalam Ali karama Allahu wajhah.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs