Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَوْلاَ المَرْأَةُ لَدَخَلَ الرَّجُلُ الجَنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Kalaulah tidak kerana perempuan, pasti golongan lelaki masuk syurga.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 68, hadis no. 379. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Bishr bin al-Husain, seorang perawi matruk (ditinggalkan hadithnya). Ibn al-Jawzi dan al-Zahabi mendakwanya melakukan pendustaan terhadap hadith tersebut dan kedua mereka berkata: Ia palsu.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman