Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَوْلَا أن تَضْعُفُوا عن السِّوَاكِ لَأَمَرْتُكُم به عندَ كلِّ صلاةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Kalaulah tidak kerana aku risaukan yang kamu akan merasa terbeban untuk bersiwak, nescaya aku akan menyuruh kamu untuk bersiwak pada setiap kali hendak mendirikan solat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 276, hadis no. 1437. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((لولا أن تضعفوا عن السواك لأمرتكم به عند كل صلاة)). [أبو الشيخ في ((الطبقات))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3095)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas ―raḍiyallāhu ‘anhuma― berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Kalaulah tidak kerana aku risaukan yang kamu akan merasa terbeban untuk bersiwak, nescaya aku akan menyuruh kamu untuk bersiwak pada setiap kali hendak mendirikan solat. [Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Tabaqat, Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3095]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman