Kalaulah seseorang dalam kalangan kalian beramal di dalam sebuah batu yang tebal

TEKS BAHASA ARAB

لو أن أحدكم يعمل في صخرة صماء ليس لها باب ولا كوة، لخرج عمله للناس كائنا ما كان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah seseorang dalam kalangan kalian beramal di dalam sebuah batu yang tebal, yang tiada padanya pintu tidak juga lubang, pasti akan keluar amalnya kepada manusia walau apa sekalipun ia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1985, hadis nombor 9935. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لو أن أحدكم يعمل في صخرة صماء ليس لها باب ولا كوة، لخرج عمله للناس كائنا ما كان)).
[حم، ع، حب، ك، الضراب في ((ذم الرياء))، ابن بشران، ابن منده في ((المنتخب))، ابن رشيق في ((المنتقى من الأمالي))، ((الضعيفة)) (1807)]

(Lemah) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kalaulah seseorang dalam kalangan kalian beramal di dalam sebuah batu yang tebal, yang tiada padanya pintu tidak juga lubang, pasti akan keluar amalnya kepada manusia walau apa sekalipun ia.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad, Ibn Ḥibbān dalam al-Ṣaḥīḥ, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Abū Muḥammad al-Ḍarrāb dalam Dham al-Riyā’, Ibn Bushrān dalam al-Amālī, Abū ‘Amr Ibn Mandah dalam al-Muntakhab min al-Fawaid, al-Ḥasan bin Rasyīq dalam al-Muntaqā min al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1807]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs