Kalaulah sebuah bukit melampaui batas ke atas sebuah bukit

TEKS BAHASA ARAB

لو بغى جبل على جبل، لجعل الله -عز وجل- الباغي منهما دكا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah sebuah bukit melampaui batas ke atas sebuah bukit, nescaya Allah ‘Azza wa Jalla menjadikan yang melampaui batas antara keduanya hancur berkecai.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1985, hadis nombor 9936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لو بغى جبل على جبل، لجعل الله -عز وجل- الباغي منهما دكا)).
[ابن لال، ((الضعيفة)) (1948)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kalaulah sebuah bukit melampaui batas ke atas sebuah bukit, nescaya Allah ‘Azza wa Jalla menjadikan yang melampaui batas antara keduanya hancur berkecai.
[Riwayat Ibn Lāl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1948]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs