Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kalaulah sebuah bukit melampaui batas ke atas sebuah bukit

Teks Bahasa Arab

لَو بغَى جبلٌ علَى جبلٍ، لجعلَ اللَّهُ -عزَّ وجلَّ- الباغيَ منهُما دَكًّا.

Teks Bahasa Melayu

Kalaulah sebuah bukit melampaui batas ke atas sebuah bukit, nescaya Allah ‘Azza wa Jalla menjadikan yang melampaui batas antara keduanya hancur berkecai.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1985, hadis no. 9936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لو بغى جبل على جبل، لجعل الله -عز وجل- الباغي منهما دكا)). [ابن لال، ((الضعيفة)) (1948)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kalaulah sebuah bukit melampaui batas ke atas sebuah bukit, nescaya Allah ‘Azza wa Jalla menjadikan yang melampaui batas antara keduanya hancur berkecai. [Riwayat Ibn Lāl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1948]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.