Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kalaulah nasi itu seorang lelaki

Teks Bahasa Arab

لَوْ كَانَ الأُرْزُ رَجُلا لَكَانَ حَلِيمًا.

Teks Bahasa Melayu

Kalaulah nasi itu seorang lelaki, pasti dia seorang yang lemah lembut.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 77, hadis no. 332. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، كما قال ابن تيمية، وابن حجر، ولا يصح فيه شيء.

Palsu sebagaimana disebutkan oleh Ibn Taimiyyah dan Ibn Hajar, juga tidak sahih satu pun hadith tentangnya.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.