TEKS BAHASA ARAB
لو يعلم ما في الصف الأول والأذان وخدمة القوم في السفر لأقرعوا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kalaulah manusia tahu kelebihan yang ada di saf pertama, azan dan berkhidmat untuk orang yang bermusafir, pasti mereka akan mengundi (untuk melakukan perkara sedemikian).
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من أباطيل إسحاق الملطي.
Ia adalah hadith-hadith batil rekaan Ishak al-Malti.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.