Kalaulah Malaikat yang merupakan sebahagian penduduk langit turun ke bumi

TEKS BAHASA ARAB

ولو كان لأهل السماء من الملائكة نزول إلى الأرض لما سبقهم إلى الأذان أحد ولغلبوا الناس عليه وإن أدنى أجر المؤذن أن له ما بين الأذان والإقامة أجر الشهيد المقتول في سبيل الله المتشحط في دمه يتمنى على الله ما يشاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah malaikat yang merupakan sebahagian penduduk langit turun ke bumi, pasti tidak ada seorang pun akan mendahului mereka untuk melaungkan azan dan pastinya mereka akan mengalahkan manusia untuk melaungkan azan. Serendah-rendah pahala orang yang melaungkan azan adalah di antara azan dan iqamah baginya pahala orang syahid yang terbunuh di jalan Allah yang tumpah darahnya yang mana dia boleh memohon kepada Allah apa sahaja yang dia mahu.

STATUS

(Terdapat perawi pendusta pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الذيل «ولو كان لأهل السماء من الملائكة نزول إلى الأرض لما سبقهم إلى الأذان أحد ولغلبوا الناس عليه وإن أدنى أجر المؤذن أن له ما بين الأذان والإقامة أجر الشهيد المقتول في سبيل الله المتشحط في دمه يتمنى على الله ما يشاء». فيه إسحاق بن وهب وعمر بن صبح كذابان.

Dalam kitab al-Zayl:
وَلَوْ كَانَ لأَهْلِ السَّمَاءِ مِنَ الْمَلائِكَةِ نُزُولٌ إِلَى الأَرْضِ لَمَا سَبَقَهُمْ إِلَى الأَذَانِ أَحَدٌ وَلَغَلَبُوا النَّاسَ عَلَيْهِ وَإِنَّ أَدْنَى أَجْرِ الْمُؤَذِّنِ أَنَّ لَهُ مَا بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ أَجْرَ الشَّهِيدِ الْمَقْتُولِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الْمُتَشَحِّطُ فِي دَمِهِ يَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ مَا يَشَاء.
“Kalaulah malaikat yang merupakan sebahagian penduduk langit turun ke bumi, pasti tidak ada seorang pun akan mendahului mereka untuk melaungkan azan dan pastinya mereka akan mengalahkan manusia untuk melaungkan azan. Serendah-rendah pahala orang yang melaungkan azan adalah di antara azan dan iqamah baginya pahala orang syahid yang terbunuh di jalan Allah yang tumpah darahnya yang mana dia boleh memohon kepada Allah apa sahaja yang dia mahu.”
Dalam sanadnya terdapat Ishak Bin Wahb dan Umar Bin Sobah. Kedua-duanya adalah perawi yang suka berdusta.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs