Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَلَوْ كَانَ لأَهْلِ السَّمَاءِ مِنَ الْمَلائِكَةِ نُزُولٌ إِلَى الأَرْضِ لَمَا سَبَقَهُمْ إِلَى الأَذَانِ أَحَدٌ وَلَغَلَبُوا النَّاسَ عَلَيْهِ وَإِنَّ أَدْنَى أَجْرِ الْمُؤَذِّنِ أَنَّ لَهُ مَا بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ أَجْرَ الشَّهِيدِ الْمَقْتُولِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الْمُتَشَحِّطُ فِي دَمِهِ يَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ مَا يَشَاء.
Teks Bahasa Melayu
Kalaulah malaikat yang merupakan sebahagian penduduk langit turun ke bumi, pasti tidak ada seorang pun akan mendahului mereka untuk melaungkan azan dan pastinya mereka akan mengalahkan manusia untuk melaungkan azan. Serendah-rendah pahala orang yang melaungkan azan adalah di antara azan dan iqamah baginya pahala orang syahid yang terbunuh di jalan Allah yang tumpah darahnya yang mana dia boleh memohon kepada Allah apa sahaja yang dia mahu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في الذيل «ولو كان لأهل السماء من الملائكة نزول إلى الأرض لما سبقهم إلى الأذان أحد ولغلبوا الناس عليه وإن أدنى أجر المؤذن أن له ما بين الأذان والإقامة أجر الشهيد المقتول في سبيل الله المتشحط في دمه يتمنى على الله ما يشاء» فيه إسحاق بن وهب وعمر بن صبح كذابان.
Dalam kitab al-Zayl: وَلَوْ كَانَ لأَهْلِ السَّمَاءِ مِنَ الْمَلائِكَةِ نُزُولٌ إِلَى الأَرْضِ لَمَا سَبَقَهُمْ إِلَى الأَذَانِ أَحَدٌ وَلَغَلَبُوا النَّاسَ عَلَيْهِ وَإِنَّ أَدْنَى أَجْرِ الْمُؤَذِّنِ أَنَّ لَهُ مَا بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ أَجْرَ الشَّهِيدِ الْمَقْتُولِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الْمُتَشَحِّطُ فِي دَمِهِ يَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ مَا يَشَاء. “Kalaulah malaikat yang merupakan sebahagian penduduk langit turun ke bumi, pasti tidak ada seorang pun akan mendahului mereka untuk melaungkan azan dan pastinya mereka akan mengalahkan manusia untuk melaungkan azan. Serendah-rendah pahala orang yang melaungkan azan adalah di antara azan dan iqamah baginya pahala orang syahid yang terbunuh di jalan Allah yang tumpah darahnya yang mana dia boleh memohon kepada Allah apa sahaja yang dia mahu.” Dalam sanadnya terdapat Ishak Bin Wahb dan Umar Bin Sobah. Kedua-duanya adalah perawi yang suka berdusta.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman