TEKS BAHASA ARAB
لو كان العلم معلقا بالثريا، لتناوله قوم من أبناء فارس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kalaulah ilmu itu tergantung pada gugusan Bintang Tujuh, nescaya suku kaum dari anak-anak Parsi akan mengambilnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1813, hadis nombor 9143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: لو كان العلم معلقا بالثريا، لتناوله قوم من أبناء فارس . [حم، الحارث، الغطريف كما في ((جزء مستقي منه))، عد، أبو نعيم في ((اخبار أصبهان))، حل، ابن عساكر، الجوهري في ((العولي الحسان))، الشأموخي في ((جزئه))، السلفي في ((الطيوريات))، الدامغاني في ((الأحاديث والأخبار))، ((الضعيفة)) (2054)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: Kalaulah ilmu itu tergantung pada gugusan Bintang Tujuh, nescaya suku kaum dari anak-anak Parsi akan mengambilnya. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Harith, al-Ghatrif, Ibn ‘Adi dalam ((al-Kamil fi al-Dhu’afa’)), Abu Nu’aim dalam ((Akhbar al-Asbahan)) dan Hilyah al-Auliya', Ibn ‘Asakir, al-Jauhari dalam ((al-‘Auli al-Hasan)), al-Sya’mukhi, al-Silafi dalam ((al-Tuyuriyyat)), al-Damaghani dalam ((al-Ahadis wa al-Akhbar)). Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2054]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.