TEKS BAHASA ARAB
كفى بالسيف شا – أراد أن يقول: شاهدا – ثم أمسك وقال: لولا أن يتتابع فيه الغيران والسكران فيقتلوا، فأمسك عن ذلك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Cukuplah pedang menjadi saksi, kemudian Baginda pun berhenti (daripada berkata apa-apa) dan setelah itu Baginda bersabda: Kalaulah dia tidak dituruti oleh perasaan cemburu dan mabuk, maka bunuhlah. Lantas Baginda menahan diri daripada membicarakan hal tersebut.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 793, hadis nombor 4084. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن الحسن قال: لما نزلت (وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ) [النور: 4]؛ قال سعد بن عبادة: يا رسول الله! أرأيت إن رأى رجل مع امرأته رجلاً فقتله أتقتلونه؟ وإن أخبر بما رأى جلد ثمانين؟ أفلا يضربه بالسيف؟ فقال رسول الله ﷺ: كفى بالسيف شا – أراد أن يقول: شاهداً – ثم أمسك وقال: لولا أن يتتابع فيه الغيران والسكران فيقتلوا، فأمسك عن ذلك.
[أبو عبيد في (الغريب) (الضعيفة) (4091)]
(Lemah)
Daripada al-Hasan berkata: Ketika turun ayat (Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya). [Surah Al-Nur: 4]; Sa’d bin ‘Ubadah berkata: Wahai Rasulullah! Apa pandangan tuan jika seseorang lelaki melihat ada lelaki lain bersama isterinya, lalu si suami membunuh lelaki itu, adakah mereka akan membunuhnya (kembali sebagai qisas)? Sekiranya si suami memberitahu apa yang dia lihat, maka dia disebat sebanyak 80 kali sebatan, tidak bolehkah dia (suami) membunuhnya dengan pedang? Lalu Rasulullah SAW bersabda: Cukuplah pedang menjadi saksi, kemudian Baginda pun berhenti (daripada berkata apa-apa) dan setelah itu Baginda bersabda: Kalaulah dia tidak dituruti oleh perasaan cemburu dan mabuk, maka bunuhlah. Lantas Baginda menahan diri daripada membicarakan hal tersebut.
[Riwayat Abu 'Ubaid dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4091]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.