Kalaulah datang kesusahan sehingga ia masuk lubang ini, pasti akan datang kesenangan sehingga ia mengeluarkannya

TEKS BAHASA ARAB

لو جاءت العسرة حتى تدخل هذا الجحر، لجاءت اليسرة حتى تخرجه، فأنزل الله -تبارك وتعالى-: {إن مع العسر يسرا}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah datang kesusahan sehingga ia masuk lubang ini, pasti akan datang kesenangan sehingga ia mengeluarkannya. Maka Allah Tabaraka wa Ta‘ala menurunkan: {Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan} [Surah al-Syarḥ ayat 6].

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis nombor 9889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم جالسا ينظر إلى جحر بحيال وجهه، فقال: ((لو جاءت العسرة حتى تدخل هذا الجحر، لجاءت اليسرة حتى تخرجه))، فأنزل الله -تبارك وتعالى-: {إن مع العسر يسرا}.
[البزار، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ك، ((الضعيفة)) (1403)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Suatu ketika Rasulullah SAW sedang duduk memandang ke lubang yang setentang dengan wajah baginda. Lalu baginda bersabda: Kalaulah datang kesusahan sehingga ia masuk lubang ini, pasti akan datang kesenangan sehingga ia mengeluarkannya. Maka Allah Tabaraka wa Ta‘ala menurunkan: {Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan} [Surah al-Syarḥ ayat 6].
[Riwayat al-Bazzār dalam al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1403]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs