Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو جاءتِ العُسْرَةُ حتى تدخلَ هذا الجُحْرَ، لجاءتِ اليُسْرَةُ حتى تُخْرِجَه، فأنزل اللهُ -تبارك وتعالى-: {إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا}.
Teks Bahasa Melayu
Kalaulah datang kesusahan sehingga ia masuk lubang ini, pasti akan datang kesenangan sehingga ia mengeluarkannya. Maka Allah Tabaraka wa Ta‘ala menurunkan: {Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan} [Surah al-Syarḥ ayat 6].
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis no. 9889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم جالسا ينظر إلى جحر بحيال وجهه، فقال: ((لو جاءت العسرة حتى تدخل هذا الجحر، لجاءت اليسرة حتى تخرجه))، فأنزل الله -تبارك وتعالى-: {إن مع العسر يسرا}. [البزار، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ك، ((الضعيفة)) (1403)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Suatu ketika Rasulullah SAW sedang duduk memandang ke lubang yang setentang dengan wajah baginda. Lalu baginda bersabda: Kalaulah datang kesusahan sehingga ia masuk lubang ini, pasti akan datang kesenangan sehingga ia mengeluarkannya. Maka Allah Tabaraka wa Ta‘ala menurunkan: {Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan} [Surah al-Syarḥ ayat 6]. [Riwayat al-Bazzār dalam al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1403]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman