Kalaulah bukan kerana wanita, sudah pasti Allah akan disembah sebenar-benarnya

TEKS BAHASA ARAB

لولا النساء لعبد الله حقا حقا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah bukan kerana wanita, sudah pasti Allah akan disembah sebenar-benarnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 913, hadis nombor 4669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عمر بن الخطاب –رضي الله عنه– مرفوعا: ((لولا النساء لعبد الله حقا حقا)).
[عد، الهاشمي في ((نسخة الزبير بن عدي))، ((الضعيفة)) (56)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kalaulah bukan kerana wanita, sudah pasti Allah akan disembah sebenar-benarnya.
[Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afa, dan al-Hashimi dalam Nuskhah al-Zubair bin ‘Adiyy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 56].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs