Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لولا النِّساءُ لعُبِدَ اللهُ حقًّا حقًّا.
Teks Bahasa Melayu
Kalaulah bukan kerana wanita, sudah pasti Allah akan disembah sebenar-benarnya.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 913, hadis no. 4669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمر بن الخطاب –رضي الله عنه– مرفوعا: لولا النساء لعبد الله حقا حقا. [عد، الهاشمي في نسخة الزبير بن عدي، الضعيفة (56)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kalaulah bukan kerana wanita, sudah pasti Allah akan disembah sebenar-benarnya. [Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afa, dan al-Hashimi dalam Nuskhah al-Zubair bin ‘Adiyy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 56].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman