Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَئِنْ ظَفَرْتُ بِقُرَيْشٍ لَأُمَثِّلَنَّ بِثلاثينَ رجلًا منهم، فأنزل اللهُ - عَزَّ وَجَلَّ - في ذلك: {وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا} إلى قولِه: {يَمْكُرُونَ}.
Teks Bahasa Melayu
Kalaulah aku menang ke atas Quraisy, nescaya aku pasti akan mengerat-ngerat 30 mayat para lelaki mereka. Berdasarkan kisah ini, lalu Allah Azzawajalla menurunkan ayat ini: {Dan jika kamu membalas, maka balaslah… -sehingga ayat- … mereka merancang jahat}"
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 979, hadis no. 5043. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Apabila Rasulullah SAW berdiri di samping Hamzah lalu Baginda melihat apa yang terjadi padanya, Baginda bersabda: “Kalaulah tidak kerana para wanita akan sedih kerana kehilangannya, nescaya akan aku tinggalkannya supaya berada dalam perut singa-singa dan burung-burung sehinggalah Allah membangkitkannya dari sana.” Ibnu Abbas berkata: “Dan Baginda bersedih melihat apa yang berlaku kepada Hamzah lalu Baginda bersabda lagi: "Kalaulah aku menang ke atas Quraisy, nescaya aku pasti akan mengerat-ngerat 30 mayat para lelaki mereka". Berdasarkan kisah ini, lalu Allah Azzawajalla menurunkan ayat ini: {Dan jika kamu membalas, maka balaslah… -sehingga ayat- … mereka merancang jahat}" [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 549]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman