Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kalaulah ada setitis air al-Zaqqum menitis di atas dunia

Teks Bahasa Arab

لو أنَّ قطرةً من الزَّقُّومِ قُطِرَتْ في دارِ الدنيا، لأفسدتْ على أهلِ الدنيا معايشَهمْ، فكيفَ بمن يكونُ طعامُهُ؟!

Teks Bahasa Melayu

Kalaulah ada setitis air al-Zaqqum menitis di atas dunia, nescaya akan binasa mata pencarian penduduk dunia. Bagaimana pula orang yang air al-Zaqqum menjadi santapannya?!

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2067, hadis no. 10388. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قرأ هذه الآية: {اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون} [آل عمران: 102] قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لو أن قطرة من الزقوم قطرت في دار الدنيا، لأفسدت على أهل الدنيا معايشهم، فكيف بمن يكون طعامه؟! [ت، ن في ((الكبرى))، ه، حب، ك، الطيالسي، البيهقي في ((البعث))، حم، طب، طس، طص، ((الضعيفة)) (6782)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA, bahawasanya Rasulullah SAW membaca ayat ini: {Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam} [Āli ‘Imrān: 102], baginda SAW bersabda: Kalaulah ada setitis air al-Zaqqum menitis di atas dunia, nescaya akan binasa mata pencarian penduduk dunia. Bagaimana pula orang yang air al-Zaqqum menjadi santapannya?! [Riwayat al-Tirmiżī dalam Sunannya, al-Nasā‘ī dalam al-Kubrā, Ibn Mājah dalam Sunannya, Ibn Hibbān dalam al-Ṣahīh, al-Hākim dalam al-Mustadrak, al-Ṭayālisī dalam Musnadnya, al-Baihaqī dalam al-Ba’th wa al-Nusyūr, Aḥmad dalam Musnadnya dan al-Tabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr, al-Mu’jam al-Awsaṭ dan al-Mu’jam al-Ṣaghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6782]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.