Kalau tidak kerana Jibril turun dengan membawa kain penutup Kaabah

TEKS BAHASA ARAB

لولا أن جبريل نزل بالحجابة لبني طلحة؛ لجعلتها لك، وإن لك في السقاية أسوة حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalau tidak kerana Jibril turun dengan membawa kain penutup Kaabah untuk Bani Talhah, sudah pasti aku memberikannya kepada kamu. Kamu adalah tauladan yang baik dalam bab memberi minum.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1913, hadis nombor 9608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال النبي ﷺ للعباس: لولا أن جبريل نزل بالحجابة لبني طلحة؛ لجعلتها لك، وإن لك في السقاية أسوة حسنة.
[الدارقطني في ((العلل))، ((الضعيفة)) (5851)]

(Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda kepada Abbas: Kalau tidak kerana Jibril turun dengan membawa kain penutup Kaabah untuk Bani Talhah, sudah pasti aku memberikannya kepada kamu. Kamu adalah tauladan yang baik dalam bab memberi minum.
[Riwayat al-Daraqutni dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5851]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs